Wednesday, March 8, 2017

Cadangan Penduduk Bandar Mahkota Cheras

Pengenalan
  • East Klang Valley Expressway (EKVE) adalah lebuhraya bertol menghubungkan rantau selatan Kuala Lumpur ke Karak Expressway. 
  • Ia berfungsi sebagai pintasan trafik antara rantau Pantai Timur, dan rantau utara dan selatan Kuala Lumpur.
  • Ia menyediakan laluan pintas untuk trafik di antara bandar yang tidak perlu melalui pusat bandar Kuala Lumpur.
  • EKVE ialah laluan pintas untuk trafik dari Cheras, Balakong, Kajang, Bangi ke bahagian timur dan utara Kuala Lumpur seperti Ampang, Selayang, Gombak atau sebaliknya. 
  • EKVE adalah sebahagian daripada Kuala Lumpur Outer Ring Road (KLORR).
  • Satu persimpangan bertingkat akan dibina untuk menyambung EKVE dengan Persiaran Cheras Mahkota di bahagian timur Bandar Mahkota Cheras.
  • Persiaran Mahkota Cheras sekarang berhubung dengan Cheras-Kajang Expressway dengan persimpangan lampu isyarat di bahagian barat Bandar Mahkota Cheras.

Masalah Kesesatan Lalulintas

Masalah kesesatan lalulintas yang sangat serius akan berlaku di Persimpangan Persiaran Mahkota Cheras dan Cheras-Kajang Expressway.
  • Persiaran Mahkota Cheras akan menjadi jalan yang berhubung 2 lebuhraya, iaitu Cheras-Kajang Expressway (CKE) dengan EKVE. 
  • Apabila EKVE siap dibina pada 2018, trafik yang melalui Persiaran Mahkota Cheras dijangka akan naik mendadak. 
  • Trafik di sekitar Balakong & Cheras akan melalui Persiaran Mahkota Cheras ke EKVE untuk menujuk ke Pantai Timur dan KL timur/utara dan sebaliknya. 
  • Kesesakan lalu lintas yang sudah serius pada masa sekarang di Persimpangan Persiaran Mahkota Cheras dan Cheras-Kajang Expressway akan menjadi semakin teruk.
  • Persimpangan lampu isyarat pada masakini tidak dapat menapung jumlah trafik dengan perkembangan baru ini.
  • Dijangka pada masa itu persimpanagan ini akan mengalami "Super Traffic Jam".

    Kuala Lumpur Outer Ring Road (KLORR)

    East Klang Valley Expressway (EKVE)

    Cadangan

    Kami minta Kerajaan Negeri Selangor dan Kementerian Kerja Raya berkerjasama untuk menaikan taraf sistem trafik di sekitar Bandar Mahkota Cheras untuk mengelakan keadaan kesesatan lalulintas yang serius pada masa depan.

    Kami mencadangkan kaedah dengan kos yang rendah supaya ia dapat dibina dengan segera.

    Kami mencadang 2 jejambat dibina untuk meringankan seseatan lalulintas.

    Pertama
    Satu jejambat U-turn (seperti di hadapan Taman Segar, Cheras) dibina di atas Cheras-Kajang Expressway di sebelah kiri dari Persimpangan Persiaran Mahkota Cheras dan Cheras-Kajang Expressway.

    Kedua
    Satu jejambat menghubungkan Jalan Sg Long dengan Lebuhrata SILK supaya lalulintas dapat terus ke Balakong dan mengelakan kesesatan di Persimpangan Jalan Sg Long dan Cheras-Kajang Expressway.


    Kami minta Kerajaan Negeri Selangor dan Kementerian Kerja Raya menjalankan kajian kemungkinan (feasibility study) dengan serta merta kerana EKVE akan siap dibina pada 2018.


    Cheras-Kajang Expressway dan Lebuhraya SILK



    Pertama: Cadangan di Cheras-Kajang Expressway 

    Membina satu jejambat U-turn ke arah KL di Cheras-Kajang Expressway dari bahagian kiri Persimpangan Persiaran Mahkota Cheras dan Cheras-Kajang Expressway.



    Kedua: Cadangan di Lebuhraya SILK

    Membina satu jejambat menyambung Jalan Sg Long dengan Lebuhraya SILK supaya lalulintas dari Bandar Mahkota Cheras dan Sg Long boleh terus masuk melalui SILK ke Balakong.